KRL3033 - KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM
PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
TAJUK
KEBERKESANAN PENGUASAAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT DALAM MEMBANTU MENGUASAI TAJUK PELAJARAN SAINS
DISEDIAKAN
OLEH
NAMA
|
NO. ID
|
|
MUSLIM
BIN HJ. TAMSIR
|
D20102005350
|
NAMA TUTOR E-LERNING
: DR RAZAK
ABD. SAMAD BIN YAHYA
Abstrak
Perkembangan kurikulum yang semakin kompleks
memerlukan kemahiran pemikiran dan penaakulan yang tinggi agar dapat diproses
dengan teknologi multimedia merentasi pelbagai displin ilmu yang ada pada
dewasa ini. Penggunaan perisian multimedia merupakan satu medium dan juga
cara penyampaian pengajaran konvensional kepada model baharu pengajaran dan
pembelajaran berasaskan pelajar. Menurut Sharifah Maimunah (2003), Pengarah
Pusat Perkembangan, menyatakan bahawa bermula daripada tahun 2003, mata
pelajaran Sains dan Matematik telah diajar di dalam bahasa
Inggeris. Justeru, dengan adanya teknologi maklumat (ICT), ianya dapat
memberikan satu kelebihan kepada pelajar mendalami ilmu pengetahuan dan
kemahiran kerana mereka dapat membuat pencarian ilmu tersebut daripada pelbagai
sumber yang kebanyakannya ditulis di dalam Bahasa Inggeris.
Bidang pendidikan merupakan satu bidang yang paling
penting ke arah merealisasikan Wawasan 2020. Dalam konteks pendidikan
negara pada dewasa ini, ia merupakan suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Pendidikan memainkan peranan penting bagi menjana
pertumbuhan ekonomi yang cergas, mempertingkatkan daya saing negara dan
menambah baik kualiti hidup penduduk sesebuah negara.
ISI
KANDUNGAN
ABSTRAK
1
Isi
kandungan 2
BAB
1 - PENDAHULUAN 4
1.1
Pengenalan 4
1.2 Latar
Belakang Kajian 6
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4
Kerangka Konseptual 10
1.5
Objektif Kajian 10
1.6 Persoalan
Kajian 11
1.7 Hipotesis
Kajian 11
1.8 Signifikan
Kajian 11
1.9 Pengoperasian
Definisi 12
1.10 Skop
dan Batasan Kajian 13
1.11 Rumusan 14
BAB
2 - KAJIAN LITERATUR 15
2.1 Latar
Belakang Pendidikan Sains di Malaysia 15
2.2
Teori dan konsep yang berkaitan 17
2.2.1 Pembelajaran inkuiri. 17
2.2.2 Pembelajaran konstruktivisme 18
2.3
Masalah-masalah Yang Dihadapi
Pelajar dan Guru 18
2.4 Kajian-kajian Lepas 20
2.5
Kesimpulan 22
BAB
3 - METODOLOGI PENYELIDIKAN 23
3.1 Pendahuluan
23
3.2 Kaedah Penyelidikan 23
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 25
3.4 Instrumen
Kajian 25
3.5 Kaedah
Pengumpulan Data 26
3.6 Analisis
Data 27
3.7 Kesimpulan 28
BAB
1
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Sistem
pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat dan Negara dari
segi ekonomi, politik, dan sosial. Salah
satu tujuan pendidikan adalah untuk mengoptimalkan kemampuan anak didik dan
membantu mengembangkan kemampuan yang sempurna secara fizikal, intelektual, dan
emosi. DePorter (1992) dalam teori beliau “Quantum Learning” menyatakan bahawa
manusia memiliki potensi untuk berkembang hampir tidak terbatas. Namun kita
hanya memanfaatkan sebahagian kecil sahaja kemampuan tersebut “we live only
small part of the life we are given”. Ini disebabkan kita tidak mempunyai
kaedah dan media yang tepat untuk mengembangkan kemampuan tersebut. Perkembangan
media akhir-akhir ini sangat memberangsangkan dengan kemunculannya teknologi multimedia.
Kehadiran media ini diharapkan mampu mengembangkan potensi anak didiknya secara
optimal dan menjadikan proses belajar mengajar menjadi lebih berkesan.
Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan
yang amat pesat sekali. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
supaya dapat melahirkan insan yang seimbang,
harmonis dan bermoral tinggi. Hasrat ini termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Dalam merealisasikan pembinaan insan seperti yang
dihasratkan itu, pendidikan Sains dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diwacanakan agar
berupaya membentuk rakyat Malaysia yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan
supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid
menjadi lebih bermakna.
Penggunaan bahan multimedia
merupakan satu isu yang amat penting dibincangkan dalam pendidikan literasi
masa kini. Jika suatu ketika dahulu guru lebih banyak bergantung kepada bahan
yang diambil daripada buku teks, akhbar, majalah, buku rujukan dan pelbagai
bahan bercetak untuk membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran
tetapi kini teknologi multimedia telah merubah teknik pengajaran guru di bilik
darjah.
Multimedia
ialah satu perkataan yang sering kita dengar pada masa sekarang apabila kita
memperkatakan tentang komputer, lebih-lebih lagi komputer dalam pendidikan.
Sebenarnya, multimedia sudah lama digunakan dengan meluasnya dalam pendidikan,
cuma istilah ‘multimedia’ tidak wujud sehingga beberapa tahun ini. Pada masa
dahulu, komputer menyampaikan maklumat melalui teks. Sekarang, terdapat grafik
dan gambar-gambar untuk menunjukkan sesuatu perkara dengan jelas. Malahan ia
mampu menunjukkan pergerakan dan kesan bunyi. Teknologi multimedia yang mampu
mengintegrasikan teks, grafik, animasi, audio dan video dalam satu persembahan sedang hangat diperkatakan pada
masa kini. Ramai yang berpendapat multimedia mampu memberi kesan yang besar
dalam bidang komunikasi dan pendidikan. Pada hakikatnya, teks, grafik, bunyi
dan video sudah lama digunakan untuk mempersembahkan sesuatu konsep atau topik
dalam sesuatu mata pelajaran terutamanya mata pelajaran sains.
Kurikulum
sains Malaysia terdiri daripada dua mata pelajaran teras dan empat mata
pelajaran elektif. Mata-mata pelajaran elektif cuma ditawarkan di sekolah
menengah atas. Mata-mata pelajaran ini adalah Biologi, Fizik, Kimia dan Sains
Tambahan. Mata pelajaran Kimia adalah satu disiplin dalam sains yang mengkaji
tentang jirim secara makroskopik dan mikroskopik, interaksi antara bahan dan
penghasilan dan penggunaan bahan. Pembelajaran Kimia memerlukan kefahaman
sesuatu konsep dengan mantap dan menyeluruh.
Kebanyakkan konsep yang terkandung dalam kurikulum Kimia tergolong dalam
kategori yang sukar difahami pelajar. Dengan strategi menggunakan pembelajaran
menggunakan bahan multimedia, keadaan ini mungkin dapat diperbaiki.
1.2 Latar
Belakang Kajian
Kefahaman
murid mengenai tajuk-tajuk dalam isi kandungan pelajaran sains sekolah rendah
merupakan satu perkara yang penting dalam bidang sains kerana ia merupakan
titik penolak dalam membentuk kefaham murid dalam bidang sains. Konsep-konsep
asas dalam sains dipelajari dalam seklah rendah. Pelajar perlu menguasai
perkara-perkara asas dalam sains kerana ia akan mempengaruhi minat murid untuk
meminati subjek sains dan memudahkan guru untuk membentuk kefahaman murid-muridnya.
Kemajuan ICT
atau teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi satu cabaran kepada negara
dan sistem pendidikan khususnya untuk menyediakan sumber tenaga manusia yang
berpengetahuan dan berkemahiran ICT.
Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai peneraju ICT dalam dunia
pendidikan perlu menyediakan keperluan fizikal dan bukan fizikal untuk
membolehkan penggunaan ICT sebagai alat pengupaya (enabling tool) pada semua
peringkat organisasi pendidikan. Penggunaan
ICT juga mampu membawa perubahan dan pembaharuan kepada sistem pendidikan ke
arah memartabatkan pendidikan negara pada peringkat antarabangsa.
ICT mula
diperkenalkan dalam dunia pendidikan pada awal tahun 1990-an. Sebelum itu, pendidikan berasaskan teknologi
hanya menggunakan radio, televisyen dan overhead
projector dalam proses membantu sesi pengajaran dan pembelajaran guru. Rancangan Radio dan TV Pendidikan juga telah
diperkenalkan pada tahun 2000 dengan menggunakan teknologi satelit supaya
siaran tersebut dapat diperluaskan dan diterima oleh sekolah-sekolah luar
bandar dan pendalaman. Bagi meningkatkan
penggunaan ICT, pada tahun 1992, Kementerian Pendidikan telah membekalkan
sebanyak 60 buah sekolah luar bandar dengan 20 set komputer untuk pelajar dan
satu set komputer untuk guru bagi setiap buah sekolah.
Pada
tahun1994, KPM telah melancarkan Projek Rintis Pengajaran Pembelajaran Berbantu
Komputer bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik di 15 buah sekolah
rendah luar bandar di negeri Selangor.
Setiap sekolah dibekalkan dengan 21 set komputer dan perisian kursus
pendidikan yang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Pada tahun1996 pula, penyediaan infrastruktur
ICT diperluas kepada 209 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah. Sekolah-sekolah menengah ini dibekalkan
dengan 20 set komputer dengan satu pelayan (server) untuk Persekitaran
Rangkaian Setempat (LAN) tanpa kemudahan internet sementara di sekolah rendah
komputer yang dibekalkan tidak dirangkaikan.
Antara tahun 1999 hingga 2000 pula, sebanyak 222 buah sekolah rendah dan
110 buah sekolah menengah di seluruh negara telah dibekalkan sebanayak 10 set
komputer bagi setiap buah sekolah.
Dalam
mengharungi kemajuan ICT, pihak Kementerian Pendidikan sendiri banyak
menghadapi masalah atau cabarannya.
Namun begitu, cabaran-cabaran itu dianggap sebagai satu perintis
kejayaan dan harus diselesaikan serta ditangani dengan bijak. Strategi pelaksanaannya juga harus dirancang
bagi melicinkan lagi usaha meningkatkan penggunaan ICT di sekolah.
Guru
sentiasa mencari pendekatan baru bagi mengajar mata pelajarannya yang dapat
memotivasikan pelajar melakukan penyelidikan, menelaah, menulis dan merangsang
pelajar mendapatkan maklumat yang diperlukan. Memandangkan Malaysia dengan
bermatlamatkan menuju Negara Maju 2020 memerlukan sains dan teknologi untuk
membangunkan negara berasaskan industri. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa penyaluran maklumat yang lebih
berkesan khususnya dalam bidang Sains dan Matematik seharusnya menggunakan
peralatan terkini iaitu pengunaan teknologi maklumat di mana adalah cara dalam
mana pendidikan yang lebih baik akan diperoleh.
Bermula
daripada kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang menggunakan papan
hitam dan kapur, bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan
komputer, bahan elektronik, liquid crystal display (LCD), kamera video digital dan lain-lain
dalam bilik darjah. Jadi, memandangkan pendidikan di alaf baru ini harus
berubah menuju ke arah menyediakan dan melengkapkan pelajar dalam menghadapi
dunia pekerjaan dan realiti sebenar. Kajian ini dilaksanakan untuk menguji
keberkesanan penggunaan ICT dan penggunaan bahan multimedia dalam pengajaran
dan pembelajaran dalam subjek sains sekolah rendah. Inilah masanya untuk
pendidikan Malaysia berubah agar dapat memenuhi wawasan Malaysia menuju Negara
Maju 2020.
1.3 Pernyataan Masalah
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil
pembelajaran. Hal ini kerana ia membantu guru untuk mendapatkan bahan
pengajaran dan guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal
dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran
akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti
powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan
tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran
yang menyeronokkan.Mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan
hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan
kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam
ICT.
Melalui
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan murid akan lebih
menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap
subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat
yang diperolehi. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid
yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua murid
mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru.
Walaupun terdapat murid yang agak lemah di dalam kelas, namun mereka juga boleh
belajar dan menggunakan komputer di kelas.
Penggunaan
peralatan seperti ICT amat penting dalam membantu murid untuk menjelajah dunia
internet dan melalui internet, mereka dapat membuat banyak aktiviti yang
melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak yang mendorong mereka terlibat
secara lebih aktif dalam pembelajaran. ICT boleh digunakan untuk pengayaan bagi
murid yang agak cerdik berbanding dengan rakan-rakan lain supaya mereka tidak
berasa bosan dalam kelas dengan memberikan mereka aktiviti yang lebih mencabar
minda. ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran yang menjurus kepada
penyelesaian masalah kehidupan sebenar.
Aktiviti
yang berkaitan dengan masa depan juga boleh dibuat serta aktiviti yang
berbentuk simulasi. Mereka dapat membuat projek kelas menggunakan komputer
dengan bantuan internet. Contohnya, di negara barat, kanak-kanak berumur empat
tahun berpeluang untuk melayari laman web sekolah mereka dan memasukkan gambar
mereka. Selain itu, mereka juga boleh memasukkan suara mereka sekali.
Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal,
mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa serta juga dapat
meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka. Mampu membantu kanak-kanak
untuk berinteraksi dengan kanak-kanak dari luar negara serta memperoleh
maklumat dari seluruh dunia dan ini meningkatkan lagi kepentingannya. Oleh itu,
guru harus mengambil tanggungjawab untuk meningkatkan potensi dan kecekapan
kanak-kanak dalam penggunaan ICT dan melibatkan kanak-kanak dengan pelbagai
pengalaman pembelajaran yang positif yang baru. Semua ciri-ciri yang menarik tersebut dapat dicapai dengan ada bantuan
bahan multimedia.
Berdasarkan
kajian-kajian yang disebutkan dalam latar belakang kajian yang menunjukkan
masalah-masalah ini bukan sahaja dalam Malaysia malah Negara lain ataupun boleh
dikatakan seluruh dunia. Justeru, kajian ini perlu dilaksanakan untuk menguji
keberkesanan penggunaan teknologi maklumat terhadap minat muird dalam subjek
sains.
1.4
Kerangka Konseptual
PERNYATAAN MASALAH
|
KUMPULAN SASARAN
|
PENGAJARAN MENGGUNAKAN
ICT
|
FOKUS KAJIAN
|
SOAL SELIDIK
|
UJIAN PENGESANAN
|
KEBERKESANANAN KAEDAH
|
YA
|
TIDAK
|
1.5
Objektif Kajian
Secara khususnya penyelidikan ini adalah bertujuan
untuk:
1.
Menentukan
keberkesanan penggunaan teknologi maklumat terhadap minat murid dalam subjek
sains.
2.
Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap
penggunaan teknologi maklumat dalam membentuk minat murid dalam subjek sains.
1.6 Persoalan
Kajian
1. Adakah terdapat perbezaan minat pelajar terhadap sains
sebelum dan selepas terdedah dengan pengajaran menggunakan teknologi maklumat?
2. Adakah terdapat perbezaan pencapaian pelajar dalam
menyelesaikan masalah-masalah berkaitan konsep sains menggunakan teknologi
maklumat?
3. Bagaimanakah
persepsi pelajar terhadap penggunaan teknologi
maklumat dalam membina kefahaman konsep sains?
1.7 Hipotesis
Kajian
1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam
kefahaman pelajar terhadap minat pelajar sebelum dan selepas pembelajaran
menggunakan ICT dan bahan multimedia.
2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap
pencapaian pelajar sama ada melalui pembelajaran secara menggunakan ICT dan bahan
multimedia ataupun secara tradisional.
1.8 Signifikan
Kajian
Kajian ini wajar dilaksanakan untuk
meningkatkan lagi minat murid dalam pembelajaran sains. Kajian ini diharapkan
dapat memberi gambaran dan kesedaran kepada palajar-pelajar dan juga guru-guru
terhadap keberkesanan menggunakan teknologi maklumatdalam pengajaran dan
pembelajaran. Ini juga boleh dijadikan sebagai satu panduan bagi guru-guru
sains untuk mengajar dengan lebih berkesan agar dapat meningkatkan
kualiti pembelajaran dan pencapaian pelajar yang seterusnya boleh meningkatkan
mutu pendidikan Negara.
Pentadbir sekolah juga berperanan untuk merancang dan
menyediakn infrakstruktur dan peralatan multimedia seperti projektor dan komputer
bagi kegunaan proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga penting
kerana ia bakal memperlihatkan kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar
mengenai pengendalian alatan teknologi
maklumat dan pengkaji berharap ia mendapat perhatian Kementerian
Pelajaran Malaysia dan penggubal- penggubal kurikulum agar mereka lebih
sensitif dan peka lalu mengkaji semula kurikulum yang telah digubal dengan
memantapkan lagi kelengkapan teknologi
maklumat di semua sekolah.
1.9 Pengoperasian
Definisi
Konsep
:
Konsep
dibentuk apabila dua atau lebih objek, peristiwa atau keadaan yang boleh
dikenalpasti telah dikumpulkan atau dikelaskan bersama dan diasingkan dari
objek, peristiwa atau keadaan lain berdasarkan cirri am, bentuk atau cirri-ciri
sepunya (Lawson, 1995)
Teknologi
maklumat
Menurut Paisley dan Chen
(1982) di petik daripada Brown (1997) 'Information can be defined both
structurally and functionally. Structurally it is a system og encoding a
message so that it can be stored, retyrieved and manipulated and functionally
it is something that alters a person cognitive organisation'.
Oleh itu, maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan. Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information and Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat. Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Oleh itu, maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan. Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information and Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat. Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Multimedia:
Multimedia
adalah sebarang gabungan teks, grafik, bunyi, animasi, dan video yang
berasaskan penggunaan konputeratau media elektronik lain (Tay Vaughn 2001).
Multimedia menggunakan
pelbagai format media untuk mempersembahkan sesuatu maklumat (Hede dan Hede
2002; Havice 1999).
Pengajaran
secara tradiosional:
Pengajaran secara
tradisional diklasifikasikan sebagai pengajaran melibatkan penggunaan buku teks
dan kaedah pengkuliahan sahaja (Havice, 1999).
Sains
Kata sains berasal dari
bahasa Latin “scientia,” yang bermakna pengetahuan. Menurut New Collegiate
Dictionary Webster, sains adalah “pengetahuan yang diperoleh melalui
pembelajaran atau perbuatan,” atau “pengetahuan yang meliputi kebenaran umum
pengoperasian hukum umum, diperoleh dan diuji melalui cara ilmiah [dan] rujukan
pada bentuk fizik dunia. Dalam bahasa Arab, kata science diterjemahkan sebagai
“ilmu.” Kata ilmu berasal dari bahasa Arab: ‘alima, ya’lamu,’ ilman dengan
wazan fai’ila, yaf’alu, fa’lan, yang bererti mengerti, benar-benar memahami.
Sains adalah suatu alat,
suatu cara khusus untuk menjawab sesuatu pertanyaan. Ketika menjawab suatu
pertanyaan ilmiah, suatu hipotesis akan dibuat, data-data dikumpulkan, dan
ahirnya hipotesis dapat dibuktikan benar atau salah.
1.10 Skop
dan Batasan Kajian
Kajian ini bakal dilakukan terhadap
pelajar tahun 5 di tempat dimana saya mengajar iaitu SK Tun Hussein Onn, Kuala
Lumpur. Responden kajian adalah terdiri dari semua pelajar tahun 5.
1.11 Rumusan
Kajian ini
bertujuan untuk mengetahui keberkesanan penguasaan
teknologi maklumat dalam membantu menguasai tajuk pelajaran sains. Guru–guru sains dapat mengenal pasti masalah yang menyebabkan
halangan dalam menjalankan aktiviti amali dan seterusnya mengambil langkah yang
lebih baik bagi meningkatkan kualiti PdP sains. Di samping itu para pelajar
juga akan dapat melaksanakan aktiviti mengikut langkah-langkah yang disampaikan
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Latar
Belakang Pendidikan Sains di Malaysia
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, sebagai sebuah
negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia perlu
mewujudkan masyarakat yang berilmu, saintifik dan progresif. Bagi mencapai
hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kritis, kreatif dan
berketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi. Sains adalah satu
bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni.
Integrasi antara tiga elemen ini amat penting untuk menjamin mutu pendidikan
sains. Kurikulum Sains KBSR dan KBSM digubal untuk murid dari sekolah rendah ke
sekolah menengah. Kurikulum ini digubal berlandaskan keperluan negara dan ciri
sejagat sains. Fokusnya adalah pada pembelajaran sains yang berfikrah dan
mengoptimumkan hasil pembelajaran.
Dalam
usaha mencapai status negara maju pada tahun 2020, terselit cabaran untuk
mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, yang bukan sahaja menjadi pengguna
teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa
depan (Mahathir 1991; Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM2002, 2006). Keupayaan
negara dalam bidang sains dan teknologi hanya boleh dicapai apabila negara
mempunyai sumber tenaga manusia yang mencukupi menjelang tempoh masa yang
ditetapkan. Kesungguhan kerajaan ditekankan lagi dalam Rancangan Malaysia Ke-9
(RMK-9) menerusi pentingnya agenda pembangunan modal insan dalam menghasilkan
sumber tenaga yang terbaik,terlatih, sepadan dan mencukupi.
Pendidikan
memainkan peranan yang penting dalam usaha membangunkan modal insan (Abdullah
2005; KPM 2006). Pelajar berciri modal insan yang perlu dilahirkan adalah
mereka yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan unggul, berkeperibadian
mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, berfikiran kritis dan kreatif,
berkemampuan bertindak secara rasional, berkemahiran menyelesaikan masalah,
berkeupayaan mencipta peluang baharu dan berketahanan dan berkebolehan
berhadapan dengan persekitaran global (Buletin Pendidikan 2005; Muhammad 2005).
Bagi memenuhi ciri-ciri modal insan yang dikehendaki, sistem pendidikan negara
sentiasa mendapat perhatian dan diberi keutamaan oleh kerajaan. Kurikulum yang
digubal menerusi Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) sentiasa dipantau dan
disemak semula bagi memastikan kandungannya relevan dan memenuhi pembangunan
modal insan negara (KPM 2001, 2005; Musa 2001). Mata pelajaran mata pelajaran
yang berteraskan S&T amat ditekankan kepada pelajar agar mereka berminat
dengan bidang tersebut dan seterusnya memilih bidang berkenaan sebagai kerjaya.
Ia jelas ditekankan semasa penyemakan semula kurikulum sekolah pada tahun 2001
(KPM 2001, 2005; Musa 2001) serta agenda pendidikan dalam RMK-9 melalui Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP) (KPM 2006).
Menteri
Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Amanat Tahun Baru
2012, telah melahirkan kebimbangan mengenai kemerosotan bilangan pelajar yang
mengambil mata pelajaran sains di peringkat sekolah. Masalah berkenaan perlu
diberi perhatian serius kerana telah sampai ke tahap sangat kritikal walaupun
banyak inisiatif diperkenalkan oleh kerajaan untuk memajukan bidang sains.
Masalah yang diperkatakan oleh Menteri Pengajian Tinggi itu berlaku disebabkan
persepsi negatif daripada kalangan pelajar terhadap subjek sains sejak mereka
masih di bangku sekolah rendah lagi. Pelajar beranggapan bahawa mata pelajaran
sains dan matematik adalah sukar untuk lulus dengan cemerlang dan boleh
menjejas peluang melanjutkan pengajian di universiti. Oleh itu, pihak yang
berkenaan perlu mencari alternatif baru agar dapat menarik minat pelajar
terhadap mata pelajaran sains, matematik dan teknologi. Antara perkara yang
perlu diberi perhatian ialah membangunkan kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang dapat menjadikan mata pelajaran berkenaan lebih menarik dan menyeronokkan.
2.2
Teori dan konsep yang berkaitan
2.2.1 Pembelajaran
inkuiri.
Model Inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk
mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang
dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan pelajar mengenal pasti soalan
bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan kajian
atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan membuat rumusan. Dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu
‘inkuiri terbimbing’ dan ‘inkuiri terbuka’. Inkuiri terbimbing memerlukan guru
membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai
dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Dalam inkuiri terbuka,
pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh
pelajar sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian
yang lebih tinggi seperti di universiti.
Berdasarkan epistemology, pendidikan sains moden ialah proses yang
mendidik pelajar berhubung sifat sains yang tidak muktamat dan boleh lentur.
Sifat sains ini ditunjukan oleh sejarah yang memperihalkan bagaimana teori yang
diusulkan oleh Francisci Redi telah menolak hipotesis yang diyakini oleh
kebanyakan orang dikala itu. Ketika itu ramai yang beranggapan bahawa beluncas
(larva) terhasil secara spontan daripada daging yang sedang mereput . Redi
kemudiannya telah melaksanakan ujikaji ringkas untuk membuktikan hipotesisnya.
Ujikajinya telah membuktikan hipotesisnya benar. Redi kemudiannya menolak
andaian yang diyakini oleh orang ramai ketika itu berhubung dengan penghasilan
beluncas. Penolakan hipotesis itu menunjukan bahawa ilmu dalam bidang sains
boleh diperbaharui dan diformulasikan semula berdasarkan penemuan bru yang
diperolehi daripada kaedah saintifik (Martin 1985).
Kaedah inkuiri Penemuan adalah satu pendekatan penyelesaian
masalah yang disusun khas supaya sesuatu yang ditujukan kepada pelajar akan
menjadi cabaran mereka untuk menyelidik dan meneliti secara mendalam.Ini
bermakna menggunakan kaedah inkuri –penemuan dalam pengajaran akan membolehkan
pelajar mengambil peranan matematik mengenai strategi pengajaran yang mereka
amalkan menunjukan bahawa guru pakar akan sentiasa menyediakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang strategi yang mencari dan menemukan fakta
melalui kaedah sainstifik yang mereka lakukan sendiri. Ini bermakna pelajar
seharusnya membina hipoesis berhubung sesuatu perkara yang ingin dikajinya,
kemudian menguji hipotesis untuk menunjukan kebenarannya. Melalui langkah ini
ahli sains berupaya memperolehi ilmu baru dan menolak data sains yang ditemui
sebelum ini. Oleh yang demikian, dijangkakan melalui pendekatan pembelajaran
inkuiri, pelajar dapat memahami sifat sains yang didak muktamat dan boleh
lentur.(Martin 1985).
2.2.2
Pembelajaran konstruktivisme
McBrien & Brandit (1997) menyatakan konstruktivisme adalah
satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana
manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membine
pengetahun dan bukannya menerima pengetahuan daripada orang lain. Briner,M.
(1999) pula menyebut pelajar membina sendiri pengetahuan mereka dengan menguji
idea dan pendekatan berdasarkan penegtahuan dan pengalaman sedia ada,
mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru
yang diperolehi dengan binaan intelektual yang sedia wujud.
Bagi
pembangunan perisian berdasarkan teori konstuktivisme, iai menekankan perisian
yang mempunyai perspektif yang pelbagai (multiple perspectives) seperti
penggunaan alat kolaborasi dan komunikasi dan juga akses kepada data
membolehkan pelajar belajar dari pelbagai perspektif. Disamping itu,
pembelajaran adalah berpusatkan pelajar iaitu pelajar akan mengaplikasikan
sepenuhnya keupayaan mereka untuk bebas memilih apa yang ingin dipelajari,
menjana persoalan sendiri serta merancang pembelajaran masing-masing (Johari
Surif, 2003)
2.3
Masalah-masalah Yang Dihadapi
Pelajar dan Guru
Bagi
merialisasikan pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran
kemudahan seperti makmal komputer dan peralatan berkaitan dengan penggunaan
teknologi maklumat harus mencukupi. Terdapat sekolah yang menghadapi masalah
kekurangan komputer serta tidak terdapatnya kemudahan internet. Keadaan ini
menyebabkan sukar bagi bukan sahaja pelajar tetapi guru-guru untuk mengintegrasikan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah. Boleh dikatakan bahawa keberkesanan
penggunaan ICT dalam P&P banyak bergantung kepada guru. Ini membawa kepada
masalah seterusnya iaitu berkaitan dengan sikap guru terhadap penggunaan ICT
dalam proses P&P. Sikap guru memainkan peranan yang penting bagi memastikan
ICT digunakan secara efektif dan juga mempengaruhi tahap keyakinan guru
terhadap penggunaan komputer dalam bilik darjah (Delcourt & Kinzie, 1993).
Ramai guru yang mengalami perasaan
gelisah apabila mereka perlu menggunakan komputer dalam kurikulum (Woodrow,
1991). Sikap negatif iaitu kurang keyakinan diri dan kekurangan guru
berkemahiran komputer merupakan halangan serius kepada pengintegrasikan
komputer ke dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak rasa cemas menggunakan
komputer, maka semakin besar kemungkinan guru mengintegrasikan komputer dalam
kurikulum (Dupagne & Krendl, 1992).
Teori pembelajaran konstruktivisme
memberi tumpuan kepada pembinaaan ilmu oleh individu. Melalui pendekatan teori
pembelajaran ini, guru berperanan sebagai fasilitator dalam mengendalikan
proses P&P dan menggunakan ICT sebagai alat. Pembelajaran secara penerokaan
boleh digunakan oleh guru bagi membolehkan murid-murid mencari dan mengakses
maklumat daripada ensaiklopedia multimedia atau bahan-bahan daripada internet.
Guru juga berperanan memantau
penggunaan aplikasi ICT dalam pembelajaran oleh murid-murid bagi
mengelakkan pemesongan tumpuan murid dalam mencari maklumat yang berkenaan. Guru harus mengambil peluang melalui
kecangihan ICT yang membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza
menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen
multimedia seperti teks, grafik, audio video dan animasi.
2.4 Kajian-kajian Lepas
Dalam
jurnal ‘Technology Readiness, Internet Self-Efficacy and Computing Experience
of Professional Accounting Students’ oleh Ming Ling Lai (2008), Wallace (1999)
melihat kesan teknologi kepada para pelajar iaitu mereka tidak perlu beratur di
bilik pensyarah atau merasa kecewa pensyarah yang ditunggu tiada di bilik. Ini berikutan
80 peratus memberikan respon positif ke atas kecanggihan IT pada masa sekarang
yang membantu para pelajar menggunakan talian komunikasi sebagai alat hubungan
untuk mendapatkan informasi mengenai pembelajaran mereka. Sebagai contoh
khidmat General Packet Radio Service (GPRS) membolehkan pelajar menerima data
seperti gambar, email, penggunaan Internet dan Intranet.
Menurut Suryanti Awang (2008), dalam
jurnal yang bertajuk ‘ICT: Senario dan Cabaran Dalam Pendidikan’, kaedah
pembelajaran e-Pembelajaran memberikan beberapa impak kepada keberkesanan dalam
penyampaian ilmu dan maklumat kepada pengguna. Antara kesan yang positif dari
kaedah pembelajaran ini ialah penjimatan masa, lokasi dan kos, capaian maklumat
yang tidak terhad disebabkan maklumat yang di arkibkan serta mempunyai potensi
tinggi untuk meningkatkan bilangan pelajar apabila ia di sebarkan melalui
Internet. Pendidikan di Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan
e-Pembelajaran selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat yang
celik IT. Kebanyakan universiti terutamanya Universiti Multimedia menggunakan
e-Pembelajaran sebagai satu kaedah pembelajaran di mana semua maklumat
berkaitan pembelajaran dimasukkan ke dalam e-Pembelajaran bagi memudahkan
pelajar mencapai maklumat yang diperlukan sama ada nota, tutorial ataupun
mendapatkan markah.
Bates (1997) dalam jurnal ‘ICT:
Senario dan Cabaran Dalam Pendidikan’ oleh Suryanti Awang (2008) pula percaya
terdapat empat tujuan utama yang menyebabkan penggunaan teknologi di Institusi
Pendidikan Tinggi, antaranya termasuk membaiki kualiti pembelajaran, membaiki
pengaksesan kepada pendidikan dan latihan, mengurangkan kos pendidikan serta
membaiki kos efektif bagi pendidikan. Walaupun begitu, penggunaannya yang
meluas dalam bidang pendidikan adalah dipengaruhi oleh iklim atau persekitaran
tempat seseorang itu belajar, institut atau kampusnya, kelompok dan juga
masyarakatnya.
Fryland
(1994) dalam Omardin (1999), menyatakan minat yang timbul dalam setiap diri
pelajar akan mempengaruhi proses pembelajaran. Apabila seseorang itu berminat
dengan apa yang dilakukannya, maka beliau akan bersedia belajar dengan tekun
sehingga mencapai apa yang dicita- citakan. Ini bermakna proses pengajaran akan
berjalan lancar sekiranya pelajar berminat dengan subjek dan kaedah yang
dijalankan.
Menurut
Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud dan Faizah Ahmad dalam kajian ’Aplikasi
Teknologi Maklumat Dalam Pembelajaran Penulisan Ilmiah: Tinjauan dari Aspek
Kemahiran dan Persepsi Pelajar’, Hansman dan Wilson (1998) berpendapat komputer
juga amat berguna dalam pencarian maklumat atau bahan. Para pelajar dapat
menggunakan komputer untuk mencari artikel dan jurnal-jurnal tertentu melalui
pangkalan data perpustakaan online. Merujuk kajian ini juga Caverly (2000)
menyatakan keadaan ini akan dapat menjimatkan masa kerana mereka tidak perlu
lagi ke perpustakaan untuk mendapatkan maklumat. Nor Hafidah (2002) dalam
kajian yang sama turut menjelaskan bahawa selain pelajar, guru-guru juga
menggunakan komputer, khususnya Internet bagi tujuan mencari bahan untuk pengajaran
dan pembelajaran seperti mencari bahan-bahan rujukan.
2.5
Kesimpulan.
Berdasarkan
kajian-kajian lepas yang telah dibincangkan, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan
ICT dalam kelas, dapat meningkatkan keberkesanan sesi pengajaran dan
pembelajaran bukan sahaja dalam subjek sains, tetapi semua subjek dalam sekolah
rendah. Kajian oleh pakar psikologi tentang perlakuan atau tingkahlaku dan
pemikiran pelajar adalah satu proses untuk mengembangkan potensi dan kemahiran
individu dalam bidang tertentu. Di sini dapat dilihat perkaitan aktiviti
pembelajaran dengan keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dalam PdP Sains
dalam membina kerangka dan memberi kefahaman tentang konsep sains.
BAB 3
METODOLOGI
PENYELIDIKAN
3.1 Pendahuluan
Metodologi
penyelidikan merujuk Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud & Faizah Ahmad (2002),
merupakan suatu kajian yang berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah
tinjauan untuk mendapatkan maklumat. Pengumpulan maklumat melibatkan proses
yang memerlukan tempoh masa yang agak panjang, rumit serta mahal. Oleh itu,
kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data secara efisien akan menghasilkan
maklumat yang kurang relevan serta akan meningkatkan perbelanjaan sesuatu
penyelidikan.
Sehubungan
itu, bab ini akan membincangkan reka bentuk untuk kajian yang telah dijalankan,
populasi dan sampel yang terlibat dalam kajian yang telah dijalankan, instrumen
kajian yang telah digunakan dalam kajian, prosedur-prosedur dalam menjalankan
kajian ini serta penganalisisan data iaitu bagaimana data dianalisis selepas
kerja lapangan dijalankan.
3.2 Kaedah Penyelidikan
Kajian
ini ialah kajian kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses
pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian.
Kajian kuantitatif yang berbentuk kajian ekperimen kuasi untuk menguji
keberkesanan penggunaan ICT dan bahan multimedia dalam pembelajaran sains.
Ianya dikatakan kuantitatif kerana menggunakan maklumat atau data kuantitatif
dimana data kuantitatif bermaksud data yang boleh diukur dengan instrumen
tertentu. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah 2 set soalan ujian
iaitu ujian pra dan ujian pasca dan juga 1 set soal selidik.
Kajian
ini menggunakan kuasi eksperimen yang melibatkan dua kumpulan pelajar tahun 5,
iaitu kumpulan pertama yang disebut sebagai kumpulan campuran dan kumpulan
kedua disebut sebagai kumpulan ICT. Kedua-dua kumpulan akan diberi ujian pra
sebelum kajian dijalankan, manakala ujian pasca dan set soal selidik pula akan diberikan
diakhir kajian dijalankan. Jangka masa kajian ini dicadangkan selama enam
minggu. Reka bentuk eksperimen kuasi ditunjukkan dalam rajah 1.
Rajah 1: Reka-bentuk Kuasi - eksperimen
3.3 Populasi
Dan Sampel Kajian
Sampel yang dikaji adalah sekumpulan pelajar tahun 5 di
SK Tun Hussein Onn. Dengan bantuan guru berkenaan, 60 pelajar dipilih daripada pelajar
tahun 5. Murid terdiri dari 2 kelas yang berbeza. Pelajar disusun dalam satu
senarai nama dengan nombor 1 hingga 60. Kumpulan pertama iaitu kumpulan kawalan
campuran adalah pelajar yang berada dalam kelas 5 Amanah manakala kumpulan yang
kedua iaitu kumpulan ICT adalah pelajar yang berada dalam kelas 5 Bestari. Guru
dalam kelas 5 Amanah akan mengajar dengan menggunakan kaedah yang biasa
digunakannya dan guru dalam kelas 5 Bestari pula menggunakan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajarannya.
3.4 Instrumen
Kajian
Kajian
ini menggunakan set soalan ujian dan set soal selidik sebagai instrumen kajian
ini. Soalan ujian bertujuan untuk menganalisis keberkesanan penggunaan
multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran dalam subjek sains. Terdapat 2 set
soalan ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra dan ujian pasca melibatkan
kedua-dua kumpulan. Ujian pra bertujuan mengetahui pengetahuan sedia ada
kedua-dua kumpulan sebelum rawatan dijalankan. Kedua-dua set soalan ujian ini
merangkumi beberapa tajuk yang akan dipelajari dalam masa 6 minggu tersebut.
Kedua-dua
set soalan ujian ini merangkumi 3 bahagian iaitu bahagian aneka pilihan,
struktur dan akhirnya bahagian esei. Terdapat 5 soalan aneka pilihan, 4 soalan
struktur dan 1 soalan esei. Responden diberi 40 minit untuk menjawab setiap
ujian sama ada ujian pra ( sebelum rawatan ) atau ujian pasca ( selepas rawatan
). Set soal selidik pula mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian
B. Bahagian A adalah maklumat latar belakang pelajar manakala bahagian B pula
mengandungi 20 soalan yang perlu dijawab oleh pelajar untuk mengetahui persepsi
pelajar bahawa pembelajaran menggunakan ICT dan bahan multimedia dapat memupuk
minat untuk belajar atau membantu dalam pemahaman tajuk-tajuk yang dipelajari dalam
bilik darjah.
3.5 Kaedah
Pengumpulan Data
Kajian
ini dijalankan di sebuah sekolah rendah dimana pengkaji bertugas. Sebelum
menjalankan kajian ini di sekolah, saya mendapat kebenaran daripada pihak
sekolah. Selain itu, saya juga berkomunikasi dengan guru sains sekolah.
Komunikasi dengan guru adalah penting disebabkan responden kajian ini adalah
pelajar beliau, beliau dapat memberi bantuan atas masalah kerjasama pelajar
serta keperluan saya sebagai penyelidik untuk menjalankan kajian ini. Tambahan
pula, berkomunikasi dengan beliau sebelum menjalankan kajian terhadap anak
murid beliau adalah satu tanda penghormatan kepada beliau.
Kajian
ini dijalankan semasa sesi pembelajaran dan pembelajaran sekolah supaya guru
tersebut tidak berasa tertekan dengan kajian yang saya jalankan ini. Pada awal
kajian, 60 pelajar tahun 5 yang terdiri dari 2 kelas iaitu 5 Amanah dan 5
Bestari. Seterusnya, kumpulan eksperimen tersebut dibahagikan kepada 2 iaitu
satu kumpulan Tradisi seramai 30 orang pelajar manakala 30 orang lagi pelajar
sebagai kumpulan ICT. Pelajar diberitahu bahawa semua keputusan ujian dan hasil
kajian adalah sulit. Sebelum kajian dijalankan, dua kumpulan tersebut diberi
ujian-pra, masa diberi adalah 40 minit. Kertas ujian dikutip balik untuk
analisis data.
Langkah
yang seterusnya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dimana kumpulan Tradisi
diajar dengan menggunakan kaedah tradisional iaitu mengajar melalui rujukan
buku teks dan penjelasan dengan lisan semata-mata. Kumpulan ICT pula diajar
dengan menggunakan ICT dan bahan multimedia seperti power point dan video.
Selepas 6 minggu rawatan diberi, dua kumpulan ini diberi 1 ujian yang dikenali
sebagai ujian pasca yang serupa dengan ujian-pra, masa yang diberi sama seperti
ujian-pra iaitu 40 minit. Ujian pasca ini adalah untuk mengenalpasti terdapat
perbezaan antara pelajar melalui pembelajaran secara tradisional dengan pelajar
melalui pembelajaran menggunakan ICT dan bahan multimedia. Daripada ini,
keberkesanan menggunakan ICT dan bahan multimedia dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran dapat dikesan dan dilihat.
Pada
masa yang sama, set soal selidik juga diberi kepada kumpulan eksperimen
tersebut dan juga dianalisis kemudian. Set soal selidik adalah bertujuan untuk
mengetahui pandangan pelajar terhadap pendekatan penggunaan ICT dan bahan
multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran subjek sains. Murid diminta
memberi jawapan secara jujur dan mengikut kesesuaian diri mereka sendiri dan
bukannnya mengikut tanggapan orang lain atau mana-mana pihak. Segala maklumat
yang diberi dirahsiakan dan ia hanyalah digunakan untuk tujuan kajian
semata-mata. Jawapan yang diberikan seharusnya bersifat terbuka, jujur dan
ikhlas.
3.6 Analisis
Data
Ujian-t
digunakan untuk menganalisa data untuk melihat perbezaan pencapaian pelajar
dalam subjek sains melalui pembelajaran menggunakan ICT dan bahan multimedia
atau secara tradisional. Ini dapat dilihat keberkesanan penggunaan ICT dan bahan
multimedia dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek sains. Data
berdasarkan ujian pra dan ujian pasca dikumpul dan dianalisis dengan
menggunakan kaedah statistik deskriptif. Kaedah ini dipilih kerana statistik
deskriptif dapat menerang sesuatu data yang dikumpul.
Data yang dikumpulkan akan dianalisa dalam
bentuk statistik untuk membuat perbandingan skor min dan peratus bagi Ujian Pra
dan Ujian Pos. Maklumat mengenai pencapaian kafahaman pelajar masing-masing
ditentukan oleh kadar skor markah. Kadar skor markah ditentukan seperti di
dalam Jadual 3.6.1.
Jadual
3.6.1: Kadar skor markah untuk tahap kefahaman
Kadar skor
|
Tahap kefahaman
|
31 – 40
|
Tinggi
|
21 – 30
|
Sederhana
|
11 – 20
|
Rendah
|
0 – 10
|
Sangat rendah
|
Purata
markah dikira bagi setiap ujian bagi kumpulan Tradisi yang diajar tanpa
menggunakan ICT dan bahan multimedia dan kumpulan ICT di mana pembelajaran
dengan menggunakan ICT dan bahan multimedia. Satu jadual seperti Jadual 3.6.2
(contoh) boleh dibina untuk membuat perbandingan hasil kajian ini. Ini membantu
penyelidik membuat rumusan daripada data yang dikumpul.
Jadual
3.6.2
Sekolah A, B dan C
|
Kumpulan kawalan
( tanpa multimedia )
Purata markah
|
Kumpulan rawatan
( dengan multimedia )
Purata markah
|
Ujian Pra
(sebelum pembelajaran)
|
18
Tahap kefahaman rendah
|
17
Tahap kefahaman rendah
|
Ujian Pasca
(selepas pembelajaran)
|
26
Tahap kefahaman sederhana
|
33
Tahap kefahaman sangat tinggi
|
Data soal selidik di analisis menggunakan skala likert iaitu
penggunaan nombor 1 mewakili pendapat sangat tidak setuju (STS), nombor 2
mewakili pendapat tidak setuju (TS), nombor tiga mewakili pendapat tidak pasti
(TP), nombor 4 mewakili pendapat setuju (S) dan nombor 5 mewakili pendapat
sangat setuju (SS).
3.7 Kesimpulan
Daripada analisis ujian-t, didapati bahawa terdapat
perbezaan signifikan tentang pencapaian pelajar tahun 5 dalam menguasai topik
yang ada antara kumpulan Tradisi dan kumpulan ICT yang cara pembelajaran yang
berbeza iaitu kumpulan Tradisi yang didedah dengan pengajaran yang tradisional
tanpa multimedia dan kumpulan ICT yang melalui pembelajaran dengan multimedia.
Dapat saya simpulkan bahawa, melalui
ICT, dengan mudah gambaran dapat digunakan untuk pengajaran dan meningkatkan
memori pelajar dimana pelajar melihat sendiri proses yang berlaku. Melalui ICT
juga, pengajar boleh membuat sesi interaktif dan membuat pelajaran lebih
menarik, yang boleh meningkatkan kehadiran pelajar serta konsentrasi.